December 6, 2009

Hari Khamis yang lepas....
Baru sudah kekenyangan makan tengahari di RASAMAS guna kupon 20% daripada TM...
Sampai je rumah, Papa bagitau, "Ada surat temuduga hok Mal tu..."

Bila capai jer surat tengok kat sampul tu Logo Muzium Negeri Terengganu....
Lebih kurang 7 Bulan!!! AKu 'apply' masa Bulan 4 haritu lepas final exam!!!

TEMUDUGA JAWATAN AHLI FOTOGRAFI B27/28 !!!
Woww!!! My Dream job!!!
Untuk jadi Professional Underwater & On Land Photographer!!!

Temuduga 09 Disember 2009 ni...
(sama tarikh besday member aku tu..so, aku cuti ler aritu utk celeb besday dier...)
Jam 08:30 Pagi

Sekarang ni tengah keje biasa2 jer....
I want this Job!! x kisah pun gajinya brapa...asalkan dapat keje yg aku tersangat minat ni!!!

Masa bulan April lepas, aku ada wat 'entry' pasal MUZIUM NEGERI TERENGGANU (click) citer aku gi amik borang untuk isi jawatan kosong sbg PHOTOGRAPHER MUZIUM ni....

Masa 'apply' untuk jawatan ni gak...aku ada 'attach' MY TOP 10 PHOTOS (click) bersama resume' + form....

Tentu ler aku AKAN wat sehabis baik masa temuduga ni!! Agak kecewa ler klu diorang 'reject'!!
KELEBIHAN aku adalah...
SAYA BERPENGALAMAN DALAM MENGAMBIL FOTO DI DALAM AIR/LAUT!! SAYA MEMPUNYAI LESEN SCUBA DIVER OPEN WATER SELAMA 3TAHUN!


WISH ME LUCK GUYS!!! ADA SESIAPA NAK SHARE TIPS UTK JAWATAN PHOTOGRAPHER NI DIGALAKKAN! I'M LOOKING FORWARD!

p/s : FOLIO ARTWORK X WAT LAGI....SOFCOPY & HARDCOPY

December 5, 2009

Makan 'RASAMAS' guna kupon TM

Citer ni dah berlalu 2 hari yg lepas iaitu hari khamis.....
Pagi tu sejuknya nak mandi...dah le ujan mendung...huhu..
Dalam bilik air xde 'heater' air panas lak...so, jerang ler air atas dapur tu nak mand..siap kuar wap dari mulut tu coz sejuk sgt...
(Btolll!!! x tipuuu..kuar wap dari mulut mcm kat Genting Highland jer....)

Pagi tu memang dah rancang nak 'lunch' kat Rasamas arini...
So, amik ler kupon yg TM bagi (skali ngn bil stremyx ler...)

Kupon RASAMAS daripada TM 20% jer...tapi ok ler...jimat skit dlm RM6.20 amik menu dlm pic tu plus 'chicken chop' Eddie (my collegue..) order..
Diorg kira jumlah yg kitorang order tu tolak lak 20%...lagi jimat!!!

Amik ayam Black pepper....Yummy!!!
Suka ayam panggang ni..kurang lemak...
(Coz smua lemak dah terbakar...kuat exercise tuu..)

Menu per ntah...tapi ok ler....
Serve for TWO...
(sorang lagi 'order' chicken chop...)

......

Lepas jer kenyang makan tengahari...Cuaca dah mendung tu so kitorang berangkat pulang jer....
Setibanya pulang umah aku terima satu surat yg amat !@#$%^&*......
Tunggu next Post!!!!

December 2, 2009

Nak jadi OKB!!!

Masa kat ofis....
Hujan mencurah2 membasahi bumi....
Nak kuar xleh coz ujan...(naik moto jer....)
So, macam biasa duk jer dalam ofis mencari sumber untuk menghilangkan kebosanan ni....

Ada ler sumber bacaan; Surat khabar yg lama ker buku2 majalah2 company....
Tertarik ler baca buku tu~~
"OKB : Orang Kaya Bertaqwa"
Karya Dr.Rusly Abdullah
(Juga penulis "Menjejaki Jutawan Senyap")

Sebuah buku motivasi yg mmg memberi motivasi kepada aku.....
kebanyakan cerita ttg jalan idup penulis seorg businessman yg berjaya dan rakan2 segurunya.
(rasanya ni buku ke-3@4 kot).. AKu baca yg ni jer....

"Ada banyak cara untuk kita memperolehi RM 1 Juta....kita jual barang bernilai RM1 Juta kepada 1 orang @@ Menjual barang bernilai RM 1 kepada 1 Juta orang...."

Balik jer umah lepas semangat baca buku tu...terus tanya Papa kat dapur yg tengah siap2 nak masak Cucur...
Anak Papa a.k.a Aku : Pa, klu mal wat nama syarikat atas nama mal sendiri leh x?
Papa punyer anak : Memang Pa cadang nak tukar nama Puncak Alamanda (company enterprise sedia ada) tu atas nama mal...Hok tu (yang itu) atas nama amer (abang aku..) tu tamat tempoh bulan 1 (januari) ni...Kang amer habis KPLI...staff kerajaan xleh wat company...
Anak Papa a.k.a Aku : Doh hok AN ALAMANDA tu??? (1st company enterprise papa)...Owhhh! tu atasa nama Mama.... Kalu mal nak tukar nama Puncak Alamanda tu gane??
Papa punyer anak : Kena register baru la....Bakpe (kenapa) ngan nama Puncak Alamanda tu?
Anak Papa a.k.a Aku : Urmmmm.......(berhenti panjang skit & ngan nada slow2)..Nama Puncak Alamanda tu macammmmm x sesuai..macam biasa jer.....
Papa punyer anak : Doh tu mal ada nama lain ker??
Anak Papa a.k.a Aku : Xdok lagi...x mikir lagi.....
(pastu berlalu jer....duk depan TV ngn Mama & adik bradik lain....Mama lak complain pasal Cucur yg Papa wat tu agak keras...so, Mama gi wat Cucur lain lak....yg lebih lembek..Yg pasti, kami smua makan cucur buatan MAMA & PAPA... sambil menikmati teh depan TV...tgk TV3; Nenek Kebaya..hehhe)

**Kesimpulannya....1#Aku dibenarkan wat 'company enterprise' atas nama aku sendiri....
2#Aku x de idea lagi nak wat nama per..so, kebarangkalian aku wat CONTESTutk cari nama company ni AKAN DIBUKA..(Masa ni x rasmi lg...)

November 30, 2009

Pendapat Baru Tentang KHUNSA

Tengah2 mandi tadi....La...la...la....aku x nyanyi dalam bilik air ok..as
Tiba-tiba terlintas kembali tajuk 'entry' yg telah aku 'post'kan dulu....
Sebelum tu maaf jika kejahilan aku ni menimbulkan sensitiviti mana2 pihak....aku cuma ingin meluahkan pandangan jer...Jika hendak kritik biarla kritikan yg mengajar/membina

Atas ihsan Pojie Pooh berkaitan dengan info/link pasal 'khunsa' ni dalam MyAdha.blogspot

Menurut MyAdha.Blogspot; petikan daripada Metro juga :

"Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.

"Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.

******

Menurut petikan Metro 19 Nov.2009 Tajuk "Hidup Lelaki, Mati Wanita" menerangkan "Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Kedah, Faridah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengeluarkan laporan pengesahan status khunsa musykil kepada Azli."

“Berdasarkan ujian doktor, alat kelamin lelaki dan perempuannya tidak berfungsi sepenuhnya. Disebabkan itu, pejabat mufti mengambil keputusan tidak membenarkannya berkahwin atas alasan matlamat perkahwinan tidak tercapai seperti tidak boleh mendapat zuriat.....

***

Persoalan Mr.Homosapiensz

Kenapa Azli tu digolongkan dalam 'khunsa musykil'? Menurut definasinya ialah ""Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan." jika sebab TIADA TANDA2 yg boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan, kenapa Azli ni ditumbuhi bulu-badan seperti lelaki? Ini kerana Azli mempunyai hormon kelelakian yg lebih daripada hormon perempuan...Adakah perkaitan hormon x diklasifikasi dalam celaru jantina???
Ia mungkin boleh dibahaskan lagi kerana ada juga wanita mempunyai hormon lelaki, tetapi jika melibatkan nafsu sex..Beliau sendiri mengaku bahawa beliau memang jelas dan sudah menyetubuhi wanita. Semasa beliau solat sebagai wanita pun tetap terganggu solat itu disebabkan terangsang nafsu terhadap wanita.....

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.
Adakah hukum syarak boleh diubah mengikut zaman?? Sebagai mana wujudnya ulama2 terkenal seperti Mazhab Syafie', Hanafi, Hanbali dan Maliki adalah untuk membimbing umat islam menyelesaikan kecelaruan agama mengikut zaman, suasana/situasi, teknologi dan lain2 akibat perbezaan kawasan dalam mengamalkan ajaran islam pada masa & kawasan tersebut.

Dalam situasi sekarang, adakah tidak mustahil untuk Azli melakukan pembedahan penukaran jantina kepada Lelaki dan pihak mufti membenarkan Azli kahwin untuk mengelakkan berlakunya zina walaupun beliau tidak dapat melahirkan zuriat.

Adakah berdosa jika beliau tetap menukarkan jantina dan berkahwin tanpa kebenaran mufti? Adakah Azli dibelenggu akibat dengan undang2 sedangkan perkahwinan itu adalah juga untuk mengelakkan zina. Azli mempunyai nafsu sex lelaki, seharusnya berkahwin dengan wanita.

Pada pendapat Mr.Homosapiensz, islam tidak membebani umatnya yg tidak mampu. Sentiasa ada jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah. Dengan adanya teknologi sekarang, penukaran/penentuan jantina Azli boleh dilakukan dan terus berkahwin dengan wanita. Islam adalah agama yg sesuai sepanjang zaman. Biar Islam itu terus berkembang dengan teknologi dan sains. Segala Ajaran Islam yg terdahulu sebagai rujukan untuk kita zaman sekarang. Al-Quran dan Hadis itu juga menjadi tuntutan kita.

Related Posts with Thumbnails